Topic: Sustainable tourism

KERTAS KERJA CADANGAN CABARAN TREN SELANGOR MENUJU TRANSFORMASI 17 SDG KELESTARIAN PELANCONGAN

Pengenalan/Latar belakang

Kelestarian pelancongan mempunyai potensi besar dalam pertumbuhan ekonomi berdaya maju negeri Selangor, Malaysia. Bagi merealisasikan polisi ini, kita perlu mempertimbangkan keseluruhan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals/SDGs) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bersatu). Kertas cadangan ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mewujudkan lestari pelancongan Selangor berimpak tinggi melalui Cabaran Tren Selangor

Objektif

1.Kempen Kesedaran tentang pentingnya SDGs dan bagaimana setiap orang dapat menyumbang untuk mencapai tujuan tersebut.

2.Perkembangan SDGs menerusi kerjasama dengan kerajaan dan masyarakat berkenaan kelestarian jaringan alam, budaya, dan kehidupan masyarakat setempat.

3.Penambahbaikan sistem sedia ada berkenaan data SDG peringkat negeri Selangor dan mengemukakan inisiatif baru yang dapat mempromosikan pertumbuhan ekonomi pelancongan yang inklusif dan saksama secara berterusan (berkala).

Strategi/Cara Perlaksanaan

1. Kad Tema SDGs 1-13 diletakkan pada setiap stesen LRT dari Gombak hingga Masjid Jamek beserta cop getah

2. Selebihnya Tema SDGs 14-17 berada di Pusat SDG Kuala Lumpur beserta cop getah

3. Peserta dikehendaki mengambil kad tema di kaunter stesen LRT dan dapatkan cop daripada pegawai Prasarana berkenaan

4. Masukkan kad tema yang telah dicop sepenuhnya 17 SDGs ke dalam kotak di Pusat SDG Kuala Lumpur dan muat naik ke akaun media sosial masing-masing beserta tanda pagar #CTS2023 untuk tuntutan hadiah menarik.

5. Keputusan penganjur adalah muktamad. Tiada sebarang rayuan akan dilayan.

Tempoh Cabaran Tren Selangor 2023 sehingga 31-Oktober-2023

Kami komited untuk menyumbang tenaga pada keseluruhan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) bagi pelancongan negeri Selangor

Penutup

Bagi mewujudkan pelancongan lestari yang mencakup keseluruhan 17 SDG di Selangor, komitmen dan kolaborasi dari semua pemegang taruh berkenaan amat penting. Dengan mengatasi cabaran yang dihadapi dan menerapkan cadangan Cabaran Tren Selangor 2023

Selangor dapat menjadi contoh pelancongan lestari dalam mencapai manfaat jangka panjang sehingga tahun 2030 bagi masyarakat, alam sekitar dan generasi akan datang.

Kertas cadangan ini terpilih sebagai 25 FINALIS PERTANDINGAN PITCHING TOURISM SELANGOR 2023 pada 16-17 OGOS 2023 Di Pejabat Tourism Selangor Tingkat 5, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle