Pusat Pembelajaran Komuniti (PPK) Chow Kit secara rasminya telah dibuka pada 2 Mei 2019 dan dirasmikan oleh Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Seri Nor Hisham bin A Dahlan.
Pada 3 Oktober 2019, DBKL telah menganjurkan Hari Terbuka Chow Kit bertujuan untuk menghebahkan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh DBKL dengan kerjasama NGO dan Konsultan bertauliah. Namun demikian bermula 18 Mac 2020, DBKL telah menutup sementara operasi di PPK Chow Kit selaras dengan PKP yang diarahkan oleh kerajaan. Selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menyantuni golongan gelandangan, di samping menangani isu lambakan makanan yang diagihkan di jalanan, DBKL telah mengambil inisiatif mewujudkan aktiviti agihan makanan kepada gelandangan melibatkan sesi makan tengahari dan makan malam. Jadual agihan melibatkan NGO turut disediakan bagi memudahkan golongan ini untuk mendapatkan info waktu agihan makanan yang tepat. Secara purata, agihan makanan harian melibatkan komuniti Chow Kit adalah seramai 250 – 300 orang.
Menyediakan ruang dan aktiviti untuk komuniti Chow Kit yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan dewasa. Mencegah masalah sosial dan mental di kalangan komuniti di mana mereka digalakkan berinteraksi secara sihat dan positif melalui aktiviti yang disediakan di PPK Chow Kit. Menggalakkan sikap prihatin dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan serta membina jaringan strategic dengan agensi-agensi dan NGO yang berkaitan dalam program pemulihan / aktiviti di PPK Chow Kit ; dan