Bazaar Kebun Komuniti Sempena Sambutan Hari Wilayah

Program Bersama Komuniti - Kebun Kejiranan Bandar LA21KL

28 Februari 2022

YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar telah berkesempatan meninjau Program Bazaar Kebun Komuniti Wilayah Persekutuan bertempat di perkarangan Kebun Komuniti 4 (KK4), Presint 14, Putrajaya.

Program Pertanian Bandar Wilayah Persekutuan (PPBWP) merupakan salah satu program komuniti yang dijalankan oleh penduduk di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (WPPj), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Wilayah Persekutuan Labuan (WPL).

Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi akan memastikan kesinambungan projek Pertanian Bandar di Wilayah Persekutuan diteruskan dengan penambahbaikan kepada pertanian moden yang dapat menjana hasil yang lebih baik dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh warga wilayah untuk menjana pendapatan serta mengurangkan kos sara hidup.

Sumber : FB Perbadanan Putrajaya

Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle