Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berbesar hati menyantuni kehadiran lebih 300 warga pendidikan sempena Kejohanan Majlis Sukan Daerah, anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Taman Metropolitan Kepong terus membuktikan peranannya bukan sekadar ruang hijau untuk bersantai, malah sebagai hab komuniti yang aktif, menyokong gaya hidup sihat serta mencungkil bakat sukan dalam kalangan murid-murid Kuala Lumpur.
DBKL komited memastikan setiap ruang rekreasi di bawah seliaan sentiasa berada pada tahap terbaik demi keselesaan dan kesejahteraan warga kota.

