PENCEGAHAN DENGGI DI KAWASAN PERUMAHAN

DBKL terus memperkukuh usaha pencegahan denggi melalui hebahan lapangan dan pemasangan bahan makluman di kawasan kediaman bagi meningkatkan kesedaran komuniti terhadap risiko jangkitan. Inisiatif ini memberi fokus kepada penyaluran maklumat secara terus kepada penduduk, khususnya di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko.

Pada 6 Disember 2025, DBKL telah melaksanakan hebahan serta menyerahkan sepanduk amaran denggi di dua lokasi perumahan iaitu 1 Petaling Residence dan Tiara Mutiara 2. Di 1 Petaling Residence, DBKL memberikan penerangan kepada pihak JMB, sepanduk dipasang di kawasan tumpuan penduduk dan hebahan dijalankan dalam radius 200 meter. Sepanduk turut diserahkan kepada pihak JMB di Tiara Mutiara 2 untuk pemasangan.

Melalui langkah ini, DBKL terus mengingatkan penduduk agar memastikan kawasan kediaman bebas daripada potensi pembiakan Aedes, mempertingkat kebersihan persekitaran serta menyalurkan aduan berkaitan kawalan denggi kepada DBKL bagi tindakan lanjut.

Newsletters
© 2026 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle