Lorong Petaling Fasa 2 kini berwajah baharu

Inisiatif Pengindahan Lorong Belakang yang diterajui oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengubah lorong yang dahulunya suram menjadi koridor bandar yang hidup dengan warna, budaya dan kreativiti.

Inisiatif ini turut merangkumi kerja pemasangan turapan ‘interlocking’, pencahayaan lampu jalan yang baharu, serta penglibatan komuniti dan urusan bersama penjaja sedia ada melalui pemindahan penjaja secara terancang demi mewujudkan persekitaran yang lebih tersusun, selamat dan harmoni.

Kini, lorong yang dulunya dilupakan telah diserikan dengan lukisan mural yang meraikan kepelbagaian budaya dan warisan Kuala Lumpur, menjadikannya ruang yang menyatukan masyarakat bandar dengan semangat perpaduan dan kreativiti.

Newsletters
© 2026 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle