Karnival Jom Kerja Anjuran JKM, DBKL Dan PERKESO

Source: DBKL

Karnival Jom Kerja anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan PERKESO telah berlangsung pada 16 Februari 2023 bertempat di Dewan Komuniti Sentul Perdana.

Majlis perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Karnival jom kerja ini telah menghimpunkan 15 majikan daripada pelbagai sektor dan menawarkan lebih daripada 5000 peluang pekerjaan.

Turut menghadiri majlis perasmian tersebut adalah wakil daripada JKM dan PERKESO.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle