Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya demam denggi serta kepentingan menjaga kebersihan persekitaran, satu Program Gotong-Royong Cegah Penyakit Demam Denggi telah diadakan pada 9 Mei 2026 bertempat di Flat Sutera, Taman Desa Bakti.
Program ini telah disempurnakan oleh YB P. Prabakaran, Ahli Parlimen Batu dan melibatkan kerjasama DBKL bersama Pejabat Cawangan Batu, SWCORP, Alam Flora, Persatuan Penduduk Taman Desa Bakti serta JMB Flat Sutera Taman Desa Bakti.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program termasuk pameran denggi, kerja-kerja pembersihan kawasan, pemotongan pokok serta pengumpulan barangan kitar semula menerusi program “Trash To Cash” yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.
Selain itu, penduduk turut berganding bahu bersama petugas dalam membersihkan kawasan dan menghapuskan bekas atau sampah yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Usaha berterusan seperti ini penting dalam memastikan persekitaran bandaraya sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada penularan wabak denggi.



