PPR BESTARI MADANI 2025: KOMUNITI SELAMAT, BANDAR BERDAYA TAHAN

YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah hadir ke Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat: PPR Bestari MADANI 2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna PA Desa Rejang. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YDH CP Dato’ Rusdi bin Mohd Isa, Ketua Polis Kuala Lumpur.

Program ini merupakan anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia menghimpunkan agensi kerajaan, pemimpin komuniti serta penduduk setempat dalam usaha memperkukuh kesejahteraan, keselamatan dan keutuhan sosial komuniti bandar, khususnya di kawasan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Pelbagai pengisian menarik telah dijalankan termasuk sesi townhall komuniti, sukaneka, ceramah keselamatan serta penyampaian bantuan kepada golongan asnaf. Program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Visi CHASE City Wilayah Persekutuan yang menekankan elemen Cleanliness, Health, Advance, Safe, dan Eco-friendly ke arah bandar raya bertaraf dunia yang selesa didiami.

Datuk Bandar dalam ucapannya menegaskan komitmen DBKL terhadap pendekatan 4P: Public, Private, People Partnership serta keterangkuman komuniti melalui Program Flagship DBKL yang merangkumi aspek keselamatan, pendidikan, pendigitalan dan kesedaran sivik. Beliau turut menyeru agar semangat muafakat dan kepedulian terus diperkasa demi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang berdaya huni dan disayangi semua.

Diharapkan usaha bersepadu seperti ini akan terus diperkukuh demi membentuk komuniti yang sejahtera, harmoni dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan matlamat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang dicintai dan berdaya huni.

Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle