MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS DATUK BANDAR KUALA LUMPUR PENCAHAYAAN BANGUNAN BANDAR RAYA KUALA LUMPUR 2024

Majlis Penyampaian Anugerah Khas Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi Pencahayaan Bangunan Bandar Raya Kuala Lumpur 2024 berlangsung dengan jayanya hari ini di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Anugerah ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pemilik bangunan yang telah berjaya menyerlahkan keindahan bandar raya Kuala Lumpur melalui pencahayaan kreatif dan estetik pada waktu malam, sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Sebanyak 50 bangunan telah dinilai di bawah Kategori Pencahayaan Bangunan, termasuk kategori Bangunan Bersejarah, Bangunan Teknologi Inovatif, Bangunan Ikonik, Bangunan Hotel dan Pangsapuri Perkhidmatan, Bangunan Komersial, Pusat Membeli-belah, Bangunan Institusi dan Bangunan Kerajaan. Daripada jumlah tersebut, 31 bangunan menerima Anugerah Khas Pencahayaan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle