LAWATAN RASMI PERDANA MENTERI ETHIOPIA KE KUALA LUMPUR

Datuk Bandar Kuala Lumpur sangat berbesar hati dan berbangga menerima lawatan rasmi Perdana Menteri Ethiopia, TYT Dr. Abiy Ahmed Ali, bersama delegasi ke Kuala Lumpur.

Lawatan ini mencerminkan hubungan erat antara Kuala Lumpur dan Ethiopia dalam berkongsi pandangan serta usaha bersama untuk masa depan yang mampan. Dalam sesi lawatan tersebut, delegasi telah dibawa melawat ke Taman Botani Perdana dan diberikan taklimat oleh kakitangan DBKL mengenai taman tersebut.

Seterusnya, delegasi juga turut dibawa melawat ke Environment, Social, Governance (ESG) Center Kuala Lumpur yang bertempat di Menara TRX. ESG Center merupakan pusat perkongsian pengetahuan dan penyebaran maklumat mengenai rangka kerja ESG kepada semua pemegang taruh di Kuala Lumpur.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle