Delegasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Pengarahnya, YBrs. Encik Che Samsuzuki bin Che Noh telah menemui Datuk Bandar Kuala Lumpur di pejabat beliau.
Kunjungan ini bertujuan memaklumkan mengenai pelantikan rasmi Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri (JPWEN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam sesi tersebut, JKM turut membentangkan perkhidmatan dan program kebajikan yang berpotensi dilaksanakan bersama DBKL.
Kerjasama ini diharap dapat memperkukuh pelaksanaan inisiatif sosial secara bersepadu, ke arah meningkatkan kesejahteraan warga kota.