KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PIHAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SHAH ALAM KEPADA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menerima kunjung hormat dari YBhg. Prof. Datuk Ts Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM di pejabat beliau.

Pada sesi pertemuan ini, pihak UiTM telah menyerahkan Buku Bergambar Kajian Rasionalisasi Penjanaan Pendapatan Melalui Penubuhan Tabung Endowmen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Sebagai Sumber Kewangan Yang Mampan. Selain itu, kedua-dua pihak turut berbincang mengenai pembangunan sistem IT dalaman UiTM serta kesediaan UiTM untuk menjalin kerjasama dalam bidang kepakaran pembangunan sistem IT dan bidang pengkhususan lain serta pelaksanaan kerjasama melalui pemindahan ilmu dalam bentuk perundingan, penyelidikan serta program latihan yang bersesuaian.

Hadir sama pada sesi pertemuan ini adalah YBrs. Tuan Hj Mohamad bin Hamim, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL, pengarah jabatan dalaman DBKL dan barisan pengurusan tertinggi UiTM Shah Alam.

Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle