KUNJUNG HORMAT UN GLOBAL COMPACT NETWORK MALAYSIA & BRUNEI KEPADA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) yang diketuai oleh Pengarah Eksekutifnya, Mr. Faroze Nadar, di Menara DBKL 1 pada 18hb. April 2025.

Kunjungan ini merupakan pertemuan rasmi pertama antara DBKL dan UNGCMYB, yang juga merupakan cawangan tempatan rasmi kepada inisiatif United Nations Global Compact (UNGC) bagi Malaysia dan Brunei. Pada sesi tersebut, kedua-dua pihak telah berkongsi aspirasi dan komitmen bersama dalam menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di peringkat bandar raya, khususnya menerusi tadbir urus yang inklusif, perancangan pembangunan lestari dan penglibatan komuniti.

Datuk Bandar Kuala Lumpur turut berkongsi pelbagai inisiatif DBKL yang sedang dilaksanakan, antaranya Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040), pelan tindakan iklim, program sifar sisa dan perumahan inklusif yang menjadi teras dalam membangunkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya berdaya huni, berdaya tahan dan disayangi semua.

DBKL amat menghargai kunjungan ini dan menyambut baik potensi jalinan kerjasama strategik bersama UNGCMYB dalam memperkukuh agenda pembangunan mampan yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi demi kesejahteraan warga kota.

Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle