KUALA LUMPUR ERATKAN HUBUNGAN MALAYSIA- ETHIOPIA

YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menghadiri undangan majlis jamuan makan tengah hari di Dewan Protokol, Seri Perdana, Putrajaya tengah hari tadi.

Majlis ini dihoskan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri sempena lawatan rasmi TYT Dr. Abiy Ahmed Ali, Perdana Menteri Ethiopia ke Malaysia.

Semoga hubungan erat ini memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak seterusnya mencerminkan komitmen DBKL dalam mendukung diplomasi dan kerjasama antarabangsa untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar yang berdaya huni dan disayangi.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle