INSTITUT TENAGA LESTARI DIPERBAHARUI (ISuRE) UNIMAS ADAKAN LAWATAN KE DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

YBrs. Tuan Haji Mohamad bin Hamim, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL telah menerima lawatan delegasi daripada Institut Tenaga Lestari Diperbaharui (ISuRE), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Shanti Faridah Salleh.

Sesi lawatan ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama strategik antara DBKL dan ISuRE khususnya berkaitan penganjuran The 11th International Conference on Low Carbon Asia (ICLCA) 2025, sebuah persidangan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada inisiatif pembangunan rendah karbon di rantau Asia.

DBKL amat mengalu-alukan jalinan kerjasama seperti ini dalam memperkukuh agenda kelestarian bandar, seiring dengan komitmen untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya rendah karbon dan mampan.

Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle