Topic: Information for integrated Decision-Making and Participation

Lauching Belia Prihatin AI Portal: Paving a Sustainable Lifestyle Exclusively for Malaysia

Kelab Belia Prihatin Malaysia (Belia Prihatin) dengan kerjasama Lebtech Energy Sdn Bhd telah berjaya membina sebuah portal atas talian menggunakan kecerdasan buatan - Belia Prihatin AI bagi menyediakan sokongan untuk beberapa elemen kritikal antaranya melibatkan Pendidikan dan Penerapan Budaya Mapan , Gaya Hidup Lestari , dan Pembudayaan Aktiviti Kitar Semula.

 

Pelancaran Portal AI Belia Prihatin juga adalah permulaan kepada perjalanan panjang negara mencapai Sasaran Sifar Karbon menjelang 2050 serta sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang berfungsi sebagai pelan tindakan global untuk masa depan yang mampam yang secara tidak langsung menunjukkan komitmen kita untuk menangani cabaran paling mendesak pada zaman kita iaitu perubahan iklim.

 

Kami juga menyeru semua pihak berkepentingan seperti SDG Centre KL termasuk agensi kerajaan, syarikat swasta, institusi pendidikan, dan organisasi masyarakat sivil, untuk berganding bahu dan menyokong apa saja usaha seumpama ini. Semoga kita dapat membina Malaysia yang berkembang maju dalam inovasi, keterangkuman, dan paling penting alam sekitar tetap dipelihara.

Resources
Submitted by
Muhammad Rijal Mustafa Bin Rozman
Kelab Belia Prihatin Malaysia
07 Jun 2023
Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle