Topic: Health and population

Kempen Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) X MySchoolBus@Wilayah

DBKL LANCAR KEMPEN KUALA LUMPUR BEBAS ASAP ROKOK X MYSCHOOLBUS @ WILAYAH

YBrs. Tuan Khairul Anuar bin Mhd. Juri, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL merangkap Ketua Penyelaras KL Sejahtera LA21KL telah melancarkan Kempen Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) X MySchoolBus @ Wilayah.
Majlis bertujuan untuk mengembangkan lagi Kempen Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) kepada murid-murid sekolah di mana bas sekolah yang dinaiki akan ditampal dengan pelekat ‘Larangan Merokok’ dan Logo KLBAR.
Kempen ini akan memberi impak kepada 11,000 orang murid dalam satu tahun sesi persekolahan iaitu masing – masing 8,000 orang murid dari Perumahan Awam/Projek Perumahan Rakyat (PA/PPR) DBKL dan 3,000 orang murid dari Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL.
Kempen ini melibatkan 108 pengendali bas sekolah dengan lebih 200 bas sekolah yang akan ditampal dengan pelekat tersebut.
Usaha ini ialah lanjutan daripada inisiatif kesedaran dan promosi dalam memerangi amalan merokok yang telah dilancarkan pada 1 Disember 2021 di dalam tren MRT dan LRT melalui video promosi kawasan larangan merokok.
Hadir bersama di dalam majlis ini adalah YBrs. Encik Chandrakant Patel, Pengerusi Jawatankuasa KLBAR dan YBrs. Encik Ahmad bin Murad, Pengerusi Persatuan Pemandu dan Pengusaha Bas Sekolah Lembah Klang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Resources
  1. YouTube
Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle