YBhg. Datuk Zulkurnain bin Hassan, Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 9 Julai 2024 telah menerima kunjung hormat daripada delegasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang telah diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Haji Sabin Samitah, Mayor Kota Kinabalu.
Tujuan sesi kunjung hormat tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara DBKL dan DBKK selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu dan cabaran semasa dalam pengurusan sebuah bandar raya.
Deligasi yang hadir juga turut diberikan taklimat mengenai Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040, pengurusan mitigasi banjir, pengursan lampu jalan dan Pusat Khidmat Setempat DBKL.