9 Julai 2024 telah diadakan Majlis Temu Mesra Datuk Bandar Kuala Lumpur Bersama Rakan Strategik Kuala Lumpur bertempat di Pusat Komuniti Bukit Damansara.
Majlis ini diadakan adalah bagi menghargai usahasama yang dijalankan bersama DBKL. Sebanyak 29 agensi telah diraikan terdiri dari agensi kerajaan, agensi swasta, pertubuhan badan bukan kerajaan dan syarikat korporat.
Antara bentuk usahasama yang telah dijalankan adalah seperti operasi bersepadu, program Baiti Jannati, program kelas tuisyen percuma, Operasi Mengambil Orang Papa, kelas kemahiran kepada komuniti Chow Kit dan pelbagai usahasama yang melibatkan komuniti.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan strategik kerana telah bersama-sama menggembleng tenaga dalam menggerakkan program dan operasi yang direncana. Semoga segala usaha murni ini memberi manfaat kepada warga kota.