YBhg. Dato’ Seri TPr. (Dr) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua belah pihak saling bertukar pandangan dalam menangani isu-isu di Parlimen Segambut meliputi aspek kawasan hijau, kesesakan lalu lintas, mitigasi banjir, kawalan pembangunan, kebersihan dan pembangunan sukan.