DATUK BANDAR KUALA LUMPUR ADAKAN PERJUMPAAN BERSAMA BADAN PROFESIONAL

Sebagai platform bagi perbincangan yang lebih mendalam mengenai hala tuju pembangunan dan perancangan di Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, hari ini telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama badan profesional bertempat di Mayor Courtyard, Jalan Tangsi, Kuala Lumpur.

Antara badan profesional yang hadir adalah Malaysian Institute of Planners (MIP), Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM), Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan Real Estate and Housing Developers' Association (REHDA) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam sesi tersebut, Datuk Bandar berkongsi mengenai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 dan Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 serta inisiatif-inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh DBKL dalam perancangan dan pembangunan bandar.

Beliau turut memperkenalkan inisiatif SPEAD yang menggabungkan Surveyor, Planner, Engineer, Architect, Landscape Architect dan Developer. Matlamat utama SPEAD adalah untuk mewujudkan kerjasama yang kukuh antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan badan profesional bagi merancang serta melaksanakan Pelan Pembangunan, Pelan Induk, dan Garis Panduan Pembangunan di Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kerjasama erat antara DBKL, badan profesional, dan pemaju hartanah adalah kunci utama dalam merealisasikan aspirasi SPEED.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, dan YBhg. Datuk Zulkurnain bin Hassan, Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle