Kuala Lumpur terus melakar kejayaan apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Local Authority of the Year sempena The Inaugural RISM Property Surveying Awards 2026.
Pengiktirafan berprestij oleh Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) ini mencerminkan komitmen berterusan DBKL dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memastikan pengurusan aset bandar dilaksanakan secara cekap dan berintegriti.
Anugerah tersebut telah diterima oleh YBrs. Puan Nor Azlina binti Mohd Saad, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL mewakili pihak pengurusan DBKL dalam majlis penyampaian yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.


