Pada 10hb. Disember 2025, Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Menara DBKL 1.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada kerjasama penyediaan tapak niaga bagi menyokong usahawan setempat, selain memperkukuh pembangunan komuniti bandar melalui sokongan ekonomi kepada kumpulan berkeperluan.
DBKL komited melaksanakan usaha yang dapat memperkukuh peluang ekonomi serta manfaat kepada warga kota secara menyeluruh.


