DELEGASI DBKL DI 'PARTNERSHIP FOR HEALTHY CITIES SUMMIT PARIS 2025'

Deligasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menghadiri Persidangan Partnership for Healthy Cities Summit Paris, Peranchis pada 18-21 Mac 2025 yang dianjurkan bersama oleh Bloomberg Philanthropies, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Vital Strategies dan Bandaraya Paris.

Delegasi DBKL telah diwakili oleh YBrs. Tuan Ismadi Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi serta Dr. Shariza Natasha Hariri dan Dr Siti Sarah Amran, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar. Kuala Lumpur merupakan salah satu bandar raya yang melaksanakan 'Smoke Free City' melalui Partnership Healthy City yang dikenali sebagai KLBAR semenjak 2017.

Dalam persidangan kali ini, telah memberi peluang kepada setiap bandar raya untuk memberi idea serta mempelajari kaedah-kaedah yang lebih berkesan dan efektif di dalam pencegahan terhadap masalah kawalan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan kecederaan. Persidangan kali ini dihadiri oleh 12 orang Datuk Bandar dan 230 orang peserta yang melibatkan 61 buah bandar raya seluruh dunia. Diantara aktiviti utama persidangan adalah penyampaian anugerah, sesi forum, perbincangan peringkat regional. Dikesempatan ini juga, delegasi DBKL telah mengadakan pertemuan bersama wakil bandar raya lain yang terlibat untuk bertukar maklumat dan pengetahuan berkaitan usaha tindakan bandar raya bebas rokok.

Delegasi DBKL juga telah menyertai sesi perkongsian dan sesi dialog antara wakil-wakil bandar partnership berkaitan pelan tindakan Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok serta menggunakan peluang jalinan networking bersama 61 bandar-bandar partnership di seluruh dunia mempelajari inisiatif dan polisi anti-tobacco yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan program dan perancangan di Kuala Lumpur oleh Jawatankuasa Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok ke arah mencapai visi Kuala Lumpur sejahtera dan makmur tanpa amalan merokok.

Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle