DATUK BANDAR KUALA LUMPUR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR ROMANIA

PYT Nineta Bărbulescu, Duta Besar Romania di Malaysia telah berkunjung ke menara DBKL 1 bagi menemui YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur di pejabat beliau.

Perbincangan kedua pihak ini menjurus ke arah potensi kerjasama dalam bidang seni dan kebudayaan antara Kuala Lumpur dan Romania.

DBKL mengalu-alukan jalinan hubungan strategik seperti ini yang bukan sahaja memperkukuh diplomasi bandar, malah memupuk persefahaman antara budaya demi pembangunan bandar yang lebih inklusif dan berwarna-warni.

Diharapkan kunjungan ini akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan inisiatif bersama yang mampu menyemarakkan pertukaran budaya, memperkaya program komuniti, dan memperkukuh hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Romania.

Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle