Lawatan ini memberikan peluang kepada kami untuk mempelajari pelbagai amalan terbaik dan inspirasi berkaitan kelestarian, budaya, dan pembangunan sosio-ekonomi.
Lawatan ke Kampung Agong, Penaga adalah destinasi agro-pelancongan yang menggabungkan keindahan kampung tradisional dengan peluang sosio-ekonomi untuk komuniti setempat. Terletak di kawasan sawah padi dan dikelilingi pokok kelapa, ia mempromosikan budaya tradisional sambil menawarkan pendapatan kepada penduduk melalui aktiviti pelancongan, bengkel kraftangan, dan jualan produk tempatan.
Kampung Agong memberikan inspirasi bagaimana elemen tradisional dan pertanian dapat dimanfaatkan untuk pembangunan mampan dan peningkatan ekonomi. Aktiviti seperti lawatan di dalam kawasan ini dan pembuatan produk tempatan memperkukuh hubungan komuniti sambil memelihara alam sekitar. Rekabentuk yang teratur dan kemas membuatkan ianya rasa tenang semasa berada disini.
Elemen sosio-ekonomi Kampung Agong boleh diterapkan di Kebun Kejiranan Bandar melalui penghasilan produk hiliran/herba atau idea kepada aktiviti tang lebih interaktif untuk komuniti tempatan dan mampu menarik pengunjung dari luar kawasan. Ini bukan sahaja memperkasa komuniti tetapi juga menyokong kelestarian bandar sambil menjana pendapatan tambahan.