LAWATAN DATUK BANDAR ADDIS ABABA KE KUALA LUMPUR - Eratkan Hubungan Dua Hala Kuala Lumpur - Addis Ababa

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berbesar hati menyambut kehadiran PYT Adanech Abiebie, Datuk Bandar Addis Ababa, Ethiopia bersama delegasi rasmi. Lawatan ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua bandar, membuka ruang untuk perkongsian ilmu dan peluang kerjasama.

Delegasi memulakan lawatan ke Taman Botani Perdana, di mana PYT Adanech menanam pokok merbau sebagai simbol persahabatan antara kedua-dua bandar raya. Beliau seterusnya dibawa melawat ke Taman Orkid dan Pusat Interpretasi.

Datuk Bandar Addis Ababa kemudiannya mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL. Kedua-dua pihak berbincang mengenai peluang kerjasama serta berkongsi amalan terbaik dalam menguruskan bandar.

Lawatan ini diakhiri dengan delegasi dibawa ke Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC) untuk melihat bagaimana DBKL menguruskan trafik di Kuala Lumpur melalui sistem CCTV, diikuti penerangan lanjut daripada pegawai kanan DBKL.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle