Sempena dengan sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah di anugerahkan dengan Anugerah Bandar Paling Mampan 2024.
Penganugerahan ini diberikan di atas pencapaian skor yang tinggi dalam 51 Indikator Program Jaringan Penunjuk Kemampanan Bandar & Luar Bandar Malaysia (MURNINets 2.0) anjuran KPKT.
YBhg. Datuk Zulkurnain bin Hassan, Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL telah mewakili DBKL bagi menerima anugerah tersebut.