DBKL PERKUKUH PELAKSANAAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menghadiri City Benchmarking on Leaving No One Behind When Localising SDGs yang berlangsung pada 24 hingga 28 Jun 2024 bertempat di Dongdaemun Design Plaza & Institute of Global Management Seoul, Republic of Korea anjuran pihak CITYNET.

Program yang berorientasikan networking ini telah dihadiri oleh lebih 30 wakil dari beberapa bandar raya utama iaitu Yokohama, Granada, Phnom Penh, Seoul, Denpasar, Baguio, Bangkok, Muntinlupa dan Colombo.

Delegasi DBKL diwakili oleh LAr. Puteri Khairul Fathiah bt Fahimudin,Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Lanskap dan Rekreasi dan Puan Sarimah bt Abu Bakar, Ketua Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancangan Bandaraya.

Dalam program tersebut, DBKL telah berkongsi pengalaman berkaitan pelaksanaan SDGs di Kuala Lumpur melalui dua kertas pembentangan iaitu:

i. Kuala Lumpur - Localize the SDGs Program to Leave No One Behind; dan
ii. Kuala Lumpur Voluntary Local Review (VLR) Leveraging VLR Process for Urban SDGs Success.

Selain daripada pembentangan daripada semua wakil bandar raya yang hadir, program ini juga turut mengadakan bengkel untuk berbincang dan berkongsi pengalaman termasuk isu, cabaran dan panduan yang boleh dipelajari oleh bandar-bandar lain dalam memastikan pelaksanaan SDGs dapat dicapai.

Delegasi yang hadir juga telah berpeluang menghadiri 2024 Seoul GTSN (Going Together with the Socially Neglected) Forum yang dianjurkan bersama Citynet dan Seoul Metropolitan Government.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle