Topic: Education

PERLAKSANAAN KURSUS ASAS PENILAIAN IMPAK SOSIAL

OBJEKTIF LATIHAN 

  1. Memahami pelaksanaan dan penyediaan Penilaian Impak Sosial (SIA) dalam kontek permohonan kebenaran perancangan;
  2. Memperkasakan fokus kepada kemampanan sosial dalam menyumbang kepada penentuan opsyen pembangunan yang optimum;
  3. Menimba ilmu berkaitan dengan alternatif bagi cadangan pembangunan, terutamanya pembangunan yang melibatkan impak yang tidak dapat dielakkan.

KEPERLUAN PROGRAM 

  1. Keperluan memberi panduan kepada penggerak projek dan perunding SIA di dalam penyediaan laporan SIA supaya ianya berkualiti dan dapat berperanan bagi membantu dalam proses membuat keputusan yang berkesan di dalam mengurus isu sosial yang terhasil daripada sesuatu projek pembangunan;
  2. Memberi pendedahan terhadap amalan terbaik dengan berkaitan dengan mana-mana projek yang telah pun diluluskan atau yang sedang berjalan yang memerlukan pengurusan isu sosial; dan
  3. Memperkasakan analisa dan keputusan dengan lebih berkesan berasaskan maklumat kuantitatif dan analisis yang telah dibuat dengan mengambilkira perkembangan komuniti setempat.

OUTCOME PROGRAM

  1. Penambahbaikan dalam membuat keputusan dalam kontek permohonan kebenaran perancangan melalui maklumat kuantitatif dan Analisa yang dibuat;
  2. Peningkatkan kepada kualiti penilaian perancangan bagi mengelakkan kesan tidak diingini dan mewujudkan kesan-kesan yang baik; dan
  3. Penerapan kepada perubahan sosial positif bagi meningkatkan kesejahteraan sesuatu komuniti khususnya mereka yang terpinggir, terabai dan kumpulan yang kurang bernasib baik di dalam komuniti.

 

 

Gallery
Resources
Submitted by
Siti Aisyah Zakaria
Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
24 Apr 2024
Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle