PASAR RAJA BOT TELAH DIBUKA

Soal kebersihan dan keselesaan adalah antara perkara yang menjadi fokus DBKL dalam menguruskan hal penjaja dan peniaga di Kuala Lumpur.

Terkini, sebuah kompleks pasar tersergam indah di Jalan Raja Bot yang lengkap dengan pelbagai fasiliti antaranya adalah kemudahan ekskalator, gerai makanan dan minuman, gerai runcit basah dan kering, pejabat pengurusan pasar, ruang penyimpanan barang, peti penyimpan sejuk beku, surau, ruang tempat letak kereta, kamera litar tertutup (CCTV) serta kawalan oleh pengawal keselamatan.

Sudah pasti matlamat utamanya adalah untuk memberi keselesaan kepada semua pihak dan merancakkan lagi kegiatan ekonomi di Kuala Lumpur.

Penjaja pasar di Kuala Lumpur perlu bersedia menerima perubahan dan dengan suasana yang lebih moden, selesa serta lengkap dengan segala kemudahan di bangunan baru ini, adalah diharapkan lebih ramai pelanggan akan hadir dan sudah pastinya meningkatkan lagi hasil jualan para peniaga yang terlibat.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle